Saturday, April 11, 2009

Kisah Abah - 10 tahun arwah meniggalkan kami

Dan ini secoret kisah dari anaknya yang sempat bersama arwah selama 22 tahun.

1) Cukup 2 minggu bersama arwah masa spring break, dan tepat 1740 MY time Arie call temiang sebab dah sampai subuh Arie tak boleh tidur , mungkin kerana jetlag atau mungkin sesuatu nak terjadi..takde sapa angkat telepon di rumah.. rupanya keadaan kritikal di hospital
2) Esok paginya ada 2 test paper kena seat in, and the last test paper Arie dapat exception untuk ambik on the next day. Memang badan kurang sihat, batuk masa balik cuti Malaysia. The whole day di Campus. Dapat tahu dari kawan yang keluarga telefon rumah dia, sebab takde orang kat rumah Arie.
3) Kuatkan semangat telefon Malaysia after solat maghrib (pagi Malaysia), Mardhiyyah angkat telefon dan Arie tahu ada berita buruk sebab hari tu bukan cuti sekolah.. kenapa dia ada kat temiang. Mardhiyyah pass tu K Wa.. dan seterusnya
4) Lepas dapat berita, Arie berjalan kaki ke train station seorang diri pergi rumah kawan rapat yang tinggal kat bandar..Housemate Arie ketika itu semuanya bercouple..so normally memang Arie sorang di rumah..
5) Keesokan harinya , ambil test..mana dapat kekuatan datangnya dpd Allah..
=========

Memories
1) Bila dapat berita, otak akan flash back kisah lama.. Yang keluar adalah pengorbanan abah teman Arie tunggu bas sekolah hujung jalan. Dia takkan benarkan Arie angkat beg sekolah..Dia yg akan bawak. sampai Arie kena marah dengan bas driver sbb tak angkat beg sendiri.
2) Masa buat passport nak pegi US, kaunter panggil nama Arie tapi abah yang meluru depan kaunter sampai org kaunter kata "Anak pakcik dah 20 tahun, pakcik tak payah datang kat kaunter ni"

No comments:

Tarikh Viva

 Tarikh Viva Allahu ...siapa sangka tarikh viva sama dengan tarikh pendaftaran. Selama 9 tahun nak sampai ke tahap ini